Monday, January 17, 2005

Joke of the day

Mr Brown
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!


*************************************************************

Kesian Makcik nie...
"Satu pagi di stesen keretapi...
Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota
Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang
dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni
maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih
banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."


*************************************************************
Mencari kasut kulit buaya
Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia
pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya
harganya sangat mahal.
" Mahal sangat nie", kata perempuan itu.
"Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai
kasut.
Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang
sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat
kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor
buaya mati bergelimpangan di tebing sungai. Sementara itu perempuan itu
kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya kearah
seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut
menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian
menyumpah, "****, yang ini pun tak pakai kasut."


*************************************************************


Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar.
Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon, saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak
melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

*************************************************************


Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

No comments: